I'm MALAYSIAN!

I'm MALAYSIAN!
Negaraku ~ MALAYSIA ~

Pages

Monday, January 3, 2011

I LOVE MALAYSIA!


Sejarah untuk selama 14 tahun menanti, Malaysia berjaya juga menjadi juara dan menjulang piala untuk AFF SUZUKI CUP 2010 dengan membawa pulang USD$100,000.00... Entri ni aku nak post sejak minggu lepas tapi tergendala sebab aku pindah rumah jumaat lepas. Jadi tak ada masa nak buka laptop.

Aku bangga juga lah dengan skuad Harimau Malaya berjaya harumkan nama Malaysia sekaligus menaikkan semula martabat sukan bolasepak negara setelah sekian lama suram. Lagipun defend, Ahmad Muslim tu kawan adik aku dalam skuad Harimau Muda dulu. Jadi pernah terpalit la silaturrahim juga.. hehe

Cuma tempias glamor da terasa kat pemain-pemain kebangsaan tu sekarang ni, wahhh.... Khairul Fahmi a.k.a Apek selaku penjaga gol memang mendapat perhatian terutama dari gadis-gadis dan awek-awek muda haha ... Suratkhabar hari ni pun laporkan dia kononnya diberi perhatian oleh Sir Alex Ferguson, pengurus MU sebab kewibawaan nya berjaya menjaga gawang dengan cekap dan tenang. Jikalau benar la berita tu terjadi, tuah sememangnya menyebelahi dia kerana bakatnya akan digilap dengan cemerlang nanti, insyallah.

Apapun, tahniah kepada skuad bolasepak negara berjaya menumbangkan skuad Garuda, walaupun kita seringkali tewas kepada mereka dalam sukan badminton, hehe ... Akhir kata, jangan gaduh-gaduh terlalu fanatik sebab sukan sepatutnya menyatukan kita dengan semangat kesukanan disamping percaya ada kalah menang, maka Majulah Sukan Untuk Negara. (cewah, macam pengulas sukan pulak aku ni hehe)


*****

Friday, December 24, 2010

Keajaiban Basmalah.

Salam...

Sekarang ni aku membaca novel kisah-kisah teladan Islami karya penulis Indonesia - Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Banyak ilmu yang boleh diperoleh dari buku ni. Antaranya satu kisah bertajuk "Keajaiban Basmalah". Kisahnya :

"Suatu ketika Abu Hurairah RA salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus: "Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang?"

Syaitan kurus menjawab:

"Aku bertugas menggoda orang mukmin yang berzikir dan membaca basmalah menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, ia membaca basmalah menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga  menyebut nama ALLAH, sehingga aku tetap telanjang!"

Syaitan gemuk menyahut:

"Kalau begitu aku beruntung! Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai pakaiannya.

*****

Begitulah betapa agung faedah membaca basmalah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca "Bismillahirrahmannirrahim!". Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmalah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulai segala perbuatan sebaiknya dengan membaca basmalah, menyebut nama ALLAH SWT. Agar perbuatan itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha ALLAH Yang Maha Rahman.


*****

Macam tu lah kisahnya. Semoga kita mendapat ilmu dan pengajaran disebalik kisah ini. Insyallah.

Monday, December 13, 2010

Chelsea~

Chelsea sekarang dah tak best!!! Benci!!! Nape ehh dah nak abis musim mesti jatuh takhta pdhal awal2 musim up jauh dari MU???? Selalu macam tu... macam malam tadi 1-1 je ngan totenham... sangat tak best... adakah sebab Lampard injured dan Drogba tak main atau memang kerana Ray Wilkins blah dari Chelsea meberi kesan terhadap mutu permainan Chelsea? arrrgghhhhhh... tension!!!

hatiku patah... dan terluka... huhuhu


Ketika Cinta Bertasbih...

Salam..


Lama aku tak update blog ni. Malas dan malas. sekarang aku punya aktiviti macam biasa kerja, dating dan shopping hehe
sejak dapat bonus dan kenaikan gaji memang aku rajin "membuang" duit selain menolong adik-beradik mana yang "pokai" hehe
Salah satu yang aku buat dengan melabur duit aku ialah pergi menonton tayangan amal "Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2 kat TGV KLCC.



Aku g ngan Mr Rabbit la.. jangan harap aku dapat keluar dengan orang lain! Sehari sebelum pergi KLCC, aku shopping la 2 helai baju, seluar dan 2 handbag baru... murah-murah je pun (aku dah biasa hidup sederhana, jadi nak beli mahal-mahal akan membuat aku risau).
Pergi tengok wayang KCB 1, cerita memang best lagi-lagi sountrack nya kan best - Melly Goeslow - aku ingatkan Mr Rabbit tak suka,lagi-lagi cerita Indonesia. Tapi rupanya dia mahu jugak tengok yang bahagian 2. Alhamdulillah. Aku suka tengok macam-macam movie, tak kiralah Indon ke, Thai ke, Filipino ke, Omputih ke janji ada kebaikan yang aku boleh peroleh dari situ. Macam filem KCB ni, ceritanya Islamic. Filem ni adaptasi dari novelnya.



Macam filem "Ayat-Ayat Cinta" aku tak layan sebab dah baca novel. Jadi dah tau cerita hehe... Filem KCB ni pulak aku tak baca lagi novelnya cuma filem dah baru ni la tengok. So, filem2 yang ada ni banyak manfaat boleh diperoleh selain jalan cerita yang menarik.
Sejak dari tu aku dah gila pula kat pelakon utamanya haha padahal filem tahun lepas dah tayang... apa punya lembab la aku ni hehe
Sayang aku tak ambil gambar pun kat poster KCB ni, sebab segan nak bergambar, kat TGV ramai orang laa... Kat umah layan pulak KCB special Ramadhan... tapi agak bosan sebab sama macam sinetron yang lain-lain... dengan cerita dan permasalahan semakin meleret-leret... padahal aku nak tengok watak-watak utamanya... huhu



Sekarang aku rajin beli novel-novel karya penulis Indonesia selain novel-novel sejarah Islam... tapi aku masih tak jumpa skill menulis macam zaman sekolah-sekolah dulu. Aku salahkan sakit aku, sebab sakit akulah aku takde mood nak menulis walaupun idea banyak. Boleh pula aku salahkan sakit aku? haha jahat betul aku menghukum takdir aku....
hmmm.......

Sunday, July 4, 2010

3 Julai 2010 - Majlis Nikah Adik!

Semalam, yakni 3 Julai 2010 - bersamaan 4 petang, sah lah adik saya n tunang nya sebagai suami isteri.. Tahniah Wan (Wan Azni) dan Antan (Nur Zalifah)! Minggu depan kenduri kat Rawang - 11 Julai 2010. Rabbit tak datang sebab kena keje lebih masa (OT). Adik aku dimekapkan oleh rakan baik nya, rakan masa sekolah dulu, enjoy gak laa sedara-mara aku pun ada datang, kawan2 adik aku pun dan seluruh adik beradik aku dapat berkumpul semua... Banyak lagi gambar tapi dalam kamera, cabel kamera lak tak tau katne tak dapat nak upload...




Aku punya turn tak tau lah bila... huhu...





Tahniah & TQ sebab beg sling coklat sebagai hadiah langkah bendul tu memang menepati citarasa saya.. i like!! hehe






                                Aku dan adik aku...   


  
         

Bapak ku berbaju batik hijau tu.. 3 kali lafaz baru sah.. huhu






 Sepupu aku ngah tangkap gambar & kakak ipar aku sebelah tu, ngah sengih-sengih hehe









                                 Tahniah... semoga kekal ke akhir hayat...









...










Monday, June 28, 2010

Cinta jgn kau lari....



** Semoga jodoh kita ada....***

Wednesday, June 16, 2010

World cup! Home! Office! My Heart!

Aku ngah sedih ni. Tadi kat ofis aku takde mood sangat-sangat. Balik umah lagi la takde mood. Bola kat tv pun aku pandang sepi. Balik tadi Aieryl ada kat umah, along aku tinggalkan dia sekejap, adik aku kata dia ada keje sikit. Dinner mak aku tapau laksa + rojak, aku bawa semangkuk laksa makan dalam bilik sambil on netbook aku ni...
Kenapa aku takde mood? Bukan arini je sejak 2 hari lepas lagi. Kat ofis member aku nak kawin, bulan depan adik aku pun nak kawin, bulan 11 nanti member aku Eton nak kawin. Semalam pagi-pagi aku nak pergi kerja, dia tegur aku kat bawah flat umah aku ni.
Kawin, kawin, kawin... Kat kawasan umah aku ni, setiap lorong kena blocked sebab orang pasang khemah kawin lagi-lagi musim cuti sekolah macam sekarang.
Tadi aku mesej bf aku, dia kat umah makcik dia. Buat apa? Bincang ngan makcik dia tentang hal tunang kami. Happy? aku tak happy pun.
Itulah sebab agaknya aku tak happy sejak 2 hari ni. Tah lah.
Aku tak mahu tunang. Aku nak nikah je. Aku tak mahu bersanding macam orang lain. Memang kalau aku belek-belek majalah suka tengok cantik-cantik kalau artis kawin, bukan main lagi meriah  pelamin, hantaran, baju kawin aduhai.... ikut hati kecil memang aku nak macam tu. Tapi setiap lelaki yang aku kenal semua hidup sederhana. Mimpi lah kalau nak mendapat lelaki idaman wanita macam keluarga NAZA tu, contoh la...
Penat bila fikir masalah. Letih bila imbas kisah silam. Sesak bila tenung masa depan.
Apa yang aku impi jarang aku dapat.
Macam-macam dalam fikiran aku ni sampai dah bercampur aduk post aku ni.
Adik aku dah balik Perlis tengah malam tadi sampai sana pukul 5 pagi tadi. Kesian bila fikirkan dia. Dan tak sangka dia dah besar! Lagi sebulan Liga Super nak start balik. Masa mula-mula dia main untuk Perlis, aku gaduh ngan bf aku sampai tak pergi stadium tengok dia gol kan 2 jaringan!
Emmm... Aku fikir nak berhenti keje. Aku cepat bosan dan memang kerja sekarang ni bukan minat aku.
Apa yang aku minat?
Berangan.
Kenapa suka berangan, ikut fakta badan aku ni banyak asid. So, aku nak la pulak beli Juvanex nak buang asid-asid dalam badan aku.
Bulan depan jugak aku nak rebond rambut aku sebelum kenduri kawin adik aku 11 Julai nanti. Bulan depan jugak aku kena cover duit insurans aku yang tertunggak. Bulan depan jugak abah nak aku ambik alih kereta dia! Duit, duit, duit... Adoi, itulah yang buat aku takda mood sejak 2 hari lepas. Macam-macam aku fikir. Sampaikan aku nangis tiba-tiba 15 minit lepas sampai umah tadi. huhu...
Tapi dah 3 hari aku period sebenarnya... hahahaha

"Aku sungguh sengal!"
=Rindu tiba-tiba ""MyHeart"" - Al-Rabbit-Pls 4give me 4 everything, lv u, oi Dy!