I'm MALAYSIAN!

I'm MALAYSIAN!
Negaraku ~ MALAYSIA ~

Pages

Friday, December 24, 2010

Keajaiban Basmalah.

Salam...

Sekarang ni aku membaca novel kisah-kisah teladan Islami karya penulis Indonesia - Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Banyak ilmu yang boleh diperoleh dari buku ni. Antaranya satu kisah bertajuk "Keajaiban Basmalah". Kisahnya :

"Suatu ketika Abu Hurairah RA salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus: "Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang?"

Syaitan kurus menjawab:

"Aku bertugas menggoda orang mukmin yang berzikir dan membaca basmalah menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, ia membaca basmalah menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga  menyebut nama ALLAH, sehingga aku tetap telanjang!"

Syaitan gemuk menyahut:

"Kalau begitu aku beruntung! Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai pakaiannya.

*****

Begitulah betapa agung faedah membaca basmalah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca "Bismillahirrahmannirrahim!". Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmalah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulai segala perbuatan sebaiknya dengan membaca basmalah, menyebut nama ALLAH SWT. Agar perbuatan itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha ALLAH Yang Maha Rahman.


*****

Macam tu lah kisahnya. Semoga kita mendapat ilmu dan pengajaran disebalik kisah ini. Insyallah.

Monday, December 13, 2010

Chelsea~

Chelsea sekarang dah tak best!!! Benci!!! Nape ehh dah nak abis musim mesti jatuh takhta pdhal awal2 musim up jauh dari MU???? Selalu macam tu... macam malam tadi 1-1 je ngan totenham... sangat tak best... adakah sebab Lampard injured dan Drogba tak main atau memang kerana Ray Wilkins blah dari Chelsea meberi kesan terhadap mutu permainan Chelsea? arrrgghhhhhh... tension!!!

hatiku patah... dan terluka... huhuhu


Ketika Cinta Bertasbih...

Salam..


Lama aku tak update blog ni. Malas dan malas. sekarang aku punya aktiviti macam biasa kerja, dating dan shopping hehe
sejak dapat bonus dan kenaikan gaji memang aku rajin "membuang" duit selain menolong adik-beradik mana yang "pokai" hehe
Salah satu yang aku buat dengan melabur duit aku ialah pergi menonton tayangan amal "Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2 kat TGV KLCC.



Aku g ngan Mr Rabbit la.. jangan harap aku dapat keluar dengan orang lain! Sehari sebelum pergi KLCC, aku shopping la 2 helai baju, seluar dan 2 handbag baru... murah-murah je pun (aku dah biasa hidup sederhana, jadi nak beli mahal-mahal akan membuat aku risau).
Pergi tengok wayang KCB 1, cerita memang best lagi-lagi sountrack nya kan best - Melly Goeslow - aku ingatkan Mr Rabbit tak suka,lagi-lagi cerita Indonesia. Tapi rupanya dia mahu jugak tengok yang bahagian 2. Alhamdulillah. Aku suka tengok macam-macam movie, tak kiralah Indon ke, Thai ke, Filipino ke, Omputih ke janji ada kebaikan yang aku boleh peroleh dari situ. Macam filem KCB ni, ceritanya Islamic. Filem ni adaptasi dari novelnya.



Macam filem "Ayat-Ayat Cinta" aku tak layan sebab dah baca novel. Jadi dah tau cerita hehe... Filem KCB ni pulak aku tak baca lagi novelnya cuma filem dah baru ni la tengok. So, filem2 yang ada ni banyak manfaat boleh diperoleh selain jalan cerita yang menarik.
Sejak dari tu aku dah gila pula kat pelakon utamanya haha padahal filem tahun lepas dah tayang... apa punya lembab la aku ni hehe
Sayang aku tak ambil gambar pun kat poster KCB ni, sebab segan nak bergambar, kat TGV ramai orang laa... Kat umah layan pulak KCB special Ramadhan... tapi agak bosan sebab sama macam sinetron yang lain-lain... dengan cerita dan permasalahan semakin meleret-leret... padahal aku nak tengok watak-watak utamanya... huhu



Sekarang aku rajin beli novel-novel karya penulis Indonesia selain novel-novel sejarah Islam... tapi aku masih tak jumpa skill menulis macam zaman sekolah-sekolah dulu. Aku salahkan sakit aku, sebab sakit akulah aku takde mood nak menulis walaupun idea banyak. Boleh pula aku salahkan sakit aku? haha jahat betul aku menghukum takdir aku....
hmmm.......