Salam..
Lama aku tak update blog ni. Malas dan malas. sekarang aku punya aktiviti macam biasa kerja, dating dan shopping hehe
sejak dapat bonus dan kenaikan gaji memang aku rajin "membuang" duit selain menolong adik-beradik mana yang "pokai" hehe
Salah satu yang aku buat dengan melabur duit aku ialah pergi menonton tayangan amal "Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2 kat TGV KLCC.
Aku g ngan Mr Rabbit la.. jangan harap aku dapat keluar dengan orang lain! Sehari sebelum pergi KLCC, aku shopping la 2 helai baju, seluar dan 2 handbag baru... murah-murah je pun (aku dah biasa hidup sederhana, jadi nak beli mahal-mahal akan membuat aku risau).
Pergi tengok wayang KCB 1, cerita memang best lagi-lagi sountrack nya kan best - Melly Goeslow - aku ingatkan Mr Rabbit tak suka,lagi-lagi cerita Indonesia. Tapi rupanya dia mahu jugak tengok yang bahagian 2. Alhamdulillah. Aku suka tengok macam-macam movie, tak kiralah Indon ke, Thai ke, Filipino ke, Omputih ke janji ada kebaikan yang aku boleh peroleh dari situ. Macam filem KCB ni, ceritanya Islamic. Filem ni adaptasi dari novelnya.
Macam filem "Ayat-Ayat Cinta" aku tak layan sebab dah baca novel. Jadi dah tau cerita hehe... Filem KCB ni pulak aku tak baca lagi novelnya cuma filem dah baru ni la tengok. So, filem2 yang ada ni banyak manfaat boleh diperoleh selain jalan cerita yang menarik.
Sejak dari tu aku dah gila pula kat pelakon utamanya haha padahal filem tahun lepas dah tayang... apa punya lembab la aku ni hehe
Sayang aku tak ambil gambar pun kat poster KCB ni, sebab segan nak bergambar, kat TGV ramai orang laa... Kat umah layan pulak KCB special Ramadhan... tapi agak bosan sebab sama macam sinetron yang lain-lain... dengan cerita dan permasalahan semakin meleret-leret... padahal aku nak tengok watak-watak utamanya... huhu
Sekarang aku rajin beli novel-novel karya penulis Indonesia selain novel-novel sejarah Islam... tapi aku masih tak jumpa skill menulis macam zaman sekolah-sekolah dulu. Aku salahkan sakit aku, sebab sakit akulah aku takde mood nak menulis walaupun idea banyak. Boleh pula aku salahkan sakit aku? haha jahat betul aku menghukum takdir aku....
hmmm.......
Monday, December 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment