I'm MALAYSIAN!

I'm MALAYSIAN!
Negaraku ~ MALAYSIA ~

Pages

Friday, December 24, 2010

Keajaiban Basmalah.

Salam...

Sekarang ni aku membaca novel kisah-kisah teladan Islami karya penulis Indonesia - Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Banyak ilmu yang boleh diperoleh dari buku ni. Antaranya satu kisah bertajuk "Keajaiban Basmalah". Kisahnya :

"Suatu ketika Abu Hurairah RA salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus: "Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang?"

Syaitan kurus menjawab:

"Aku bertugas menggoda orang mukmin yang berzikir dan membaca basmalah menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, ia membaca basmalah menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga  menyebut nama ALLAH, sehingga aku tetap telanjang!"

Syaitan gemuk menyahut:

"Kalau begitu aku beruntung! Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai pakaiannya.

*****

Begitulah betapa agung faedah membaca basmalah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca "Bismillahirrahmannirrahim!". Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmalah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulai segala perbuatan sebaiknya dengan membaca basmalah, menyebut nama ALLAH SWT. Agar perbuatan itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha ALLAH Yang Maha Rahman.


*****

Macam tu lah kisahnya. Semoga kita mendapat ilmu dan pengajaran disebalik kisah ini. Insyallah.

Monday, December 13, 2010

Chelsea~

Chelsea sekarang dah tak best!!! Benci!!! Nape ehh dah nak abis musim mesti jatuh takhta pdhal awal2 musim up jauh dari MU???? Selalu macam tu... macam malam tadi 1-1 je ngan totenham... sangat tak best... adakah sebab Lampard injured dan Drogba tak main atau memang kerana Ray Wilkins blah dari Chelsea meberi kesan terhadap mutu permainan Chelsea? arrrgghhhhhh... tension!!!

hatiku patah... dan terluka... huhuhu


Ketika Cinta Bertasbih...

Salam..


Lama aku tak update blog ni. Malas dan malas. sekarang aku punya aktiviti macam biasa kerja, dating dan shopping hehe
sejak dapat bonus dan kenaikan gaji memang aku rajin "membuang" duit selain menolong adik-beradik mana yang "pokai" hehe
Salah satu yang aku buat dengan melabur duit aku ialah pergi menonton tayangan amal "Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2 kat TGV KLCC.



Aku g ngan Mr Rabbit la.. jangan harap aku dapat keluar dengan orang lain! Sehari sebelum pergi KLCC, aku shopping la 2 helai baju, seluar dan 2 handbag baru... murah-murah je pun (aku dah biasa hidup sederhana, jadi nak beli mahal-mahal akan membuat aku risau).
Pergi tengok wayang KCB 1, cerita memang best lagi-lagi sountrack nya kan best - Melly Goeslow - aku ingatkan Mr Rabbit tak suka,lagi-lagi cerita Indonesia. Tapi rupanya dia mahu jugak tengok yang bahagian 2. Alhamdulillah. Aku suka tengok macam-macam movie, tak kiralah Indon ke, Thai ke, Filipino ke, Omputih ke janji ada kebaikan yang aku boleh peroleh dari situ. Macam filem KCB ni, ceritanya Islamic. Filem ni adaptasi dari novelnya.



Macam filem "Ayat-Ayat Cinta" aku tak layan sebab dah baca novel. Jadi dah tau cerita hehe... Filem KCB ni pulak aku tak baca lagi novelnya cuma filem dah baru ni la tengok. So, filem2 yang ada ni banyak manfaat boleh diperoleh selain jalan cerita yang menarik.
Sejak dari tu aku dah gila pula kat pelakon utamanya haha padahal filem tahun lepas dah tayang... apa punya lembab la aku ni hehe
Sayang aku tak ambil gambar pun kat poster KCB ni, sebab segan nak bergambar, kat TGV ramai orang laa... Kat umah layan pulak KCB special Ramadhan... tapi agak bosan sebab sama macam sinetron yang lain-lain... dengan cerita dan permasalahan semakin meleret-leret... padahal aku nak tengok watak-watak utamanya... huhu



Sekarang aku rajin beli novel-novel karya penulis Indonesia selain novel-novel sejarah Islam... tapi aku masih tak jumpa skill menulis macam zaman sekolah-sekolah dulu. Aku salahkan sakit aku, sebab sakit akulah aku takde mood nak menulis walaupun idea banyak. Boleh pula aku salahkan sakit aku? haha jahat betul aku menghukum takdir aku....
hmmm.......

Sunday, July 4, 2010

3 Julai 2010 - Majlis Nikah Adik!

Semalam, yakni 3 Julai 2010 - bersamaan 4 petang, sah lah adik saya n tunang nya sebagai suami isteri.. Tahniah Wan (Wan Azni) dan Antan (Nur Zalifah)! Minggu depan kenduri kat Rawang - 11 Julai 2010. Rabbit tak datang sebab kena keje lebih masa (OT). Adik aku dimekapkan oleh rakan baik nya, rakan masa sekolah dulu, enjoy gak laa sedara-mara aku pun ada datang, kawan2 adik aku pun dan seluruh adik beradik aku dapat berkumpul semua... Banyak lagi gambar tapi dalam kamera, cabel kamera lak tak tau katne tak dapat nak upload...




Aku punya turn tak tau lah bila... huhu...





Tahniah & TQ sebab beg sling coklat sebagai hadiah langkah bendul tu memang menepati citarasa saya.. i like!! hehe






                                Aku dan adik aku...   


  
         

Bapak ku berbaju batik hijau tu.. 3 kali lafaz baru sah.. huhu






 Sepupu aku ngah tangkap gambar & kakak ipar aku sebelah tu, ngah sengih-sengih hehe









                                 Tahniah... semoga kekal ke akhir hayat...









...










Monday, June 28, 2010

Cinta jgn kau lari....



** Semoga jodoh kita ada....***

Wednesday, June 16, 2010

World cup! Home! Office! My Heart!

Aku ngah sedih ni. Tadi kat ofis aku takde mood sangat-sangat. Balik umah lagi la takde mood. Bola kat tv pun aku pandang sepi. Balik tadi Aieryl ada kat umah, along aku tinggalkan dia sekejap, adik aku kata dia ada keje sikit. Dinner mak aku tapau laksa + rojak, aku bawa semangkuk laksa makan dalam bilik sambil on netbook aku ni...
Kenapa aku takde mood? Bukan arini je sejak 2 hari lepas lagi. Kat ofis member aku nak kawin, bulan depan adik aku pun nak kawin, bulan 11 nanti member aku Eton nak kawin. Semalam pagi-pagi aku nak pergi kerja, dia tegur aku kat bawah flat umah aku ni.
Kawin, kawin, kawin... Kat kawasan umah aku ni, setiap lorong kena blocked sebab orang pasang khemah kawin lagi-lagi musim cuti sekolah macam sekarang.
Tadi aku mesej bf aku, dia kat umah makcik dia. Buat apa? Bincang ngan makcik dia tentang hal tunang kami. Happy? aku tak happy pun.
Itulah sebab agaknya aku tak happy sejak 2 hari ni. Tah lah.
Aku tak mahu tunang. Aku nak nikah je. Aku tak mahu bersanding macam orang lain. Memang kalau aku belek-belek majalah suka tengok cantik-cantik kalau artis kawin, bukan main lagi meriah  pelamin, hantaran, baju kawin aduhai.... ikut hati kecil memang aku nak macam tu. Tapi setiap lelaki yang aku kenal semua hidup sederhana. Mimpi lah kalau nak mendapat lelaki idaman wanita macam keluarga NAZA tu, contoh la...
Penat bila fikir masalah. Letih bila imbas kisah silam. Sesak bila tenung masa depan.
Apa yang aku impi jarang aku dapat.
Macam-macam dalam fikiran aku ni sampai dah bercampur aduk post aku ni.
Adik aku dah balik Perlis tengah malam tadi sampai sana pukul 5 pagi tadi. Kesian bila fikirkan dia. Dan tak sangka dia dah besar! Lagi sebulan Liga Super nak start balik. Masa mula-mula dia main untuk Perlis, aku gaduh ngan bf aku sampai tak pergi stadium tengok dia gol kan 2 jaringan!
Emmm... Aku fikir nak berhenti keje. Aku cepat bosan dan memang kerja sekarang ni bukan minat aku.
Apa yang aku minat?
Berangan.
Kenapa suka berangan, ikut fakta badan aku ni banyak asid. So, aku nak la pulak beli Juvanex nak buang asid-asid dalam badan aku.
Bulan depan jugak aku nak rebond rambut aku sebelum kenduri kawin adik aku 11 Julai nanti. Bulan depan jugak aku kena cover duit insurans aku yang tertunggak. Bulan depan jugak abah nak aku ambik alih kereta dia! Duit, duit, duit... Adoi, itulah yang buat aku takda mood sejak 2 hari lepas. Macam-macam aku fikir. Sampaikan aku nangis tiba-tiba 15 minit lepas sampai umah tadi. huhu...
Tapi dah 3 hari aku period sebenarnya... hahahaha

"Aku sungguh sengal!"
=Rindu tiba-tiba ""MyHeart"" - Al-Rabbit-Pls 4give me 4 everything, lv u, oi Dy!

Friday, June 4, 2010

Tag!



Mun








Tugasan TAG :






(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa )...








(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang )








(c) kalau tak ikut peraturan , di mana keseronokan 'TAG-TAGGED-TAGGING' niyh








Apa ni?????








oK Laa... for Mama Aizara terutamanya, sy jwb jugak la tag beliau..








(wpon adik2 aku tgh exam kat skolah menengah derang skunk, nmpak nya aku akan gigih jugak mjwb soklan2 cepu emas seperti di atas.)








a) 1 - Nama penuh Latifah / pgglan : Ifa / Effa / Tipah / Epah / Latip








2 - Tarikh lahir : 12 Okt 1985 (Libra / Tahun Lembu)










3- Tempat Lahir : Sebuah rumah kayu, Kg Haji, Sungkai, Perak.










4 - Saya ni campuran sbb mak putih (nenek mix cina) + abah gelap (nenek jawa) so mix la kan? hehe








5 - Suka mkn sume yg halal tapi la ni byk benda xleh mkn da dan xminat nak mkn da cth : durian, coklat, kek (muak dah) minum kopi, milo, nescafe, neslo, limau, air gas (sume xminum dah sbb migrain) huhu so minum air buah2 je








6 - Suka membaca ap shj bahan bacaan.








7 - Minat menulis juga tapi la nih dah mls sbb da menaip kat komputer hari2... hoho








8 - Suke jadik giler kat umah! Not so giler la.. more to giler2 ... ni sume disebabkan bapak aku ... aduyai...








9 - Suke bola!!!! Minat CHELSEA / LIVERPOOL / ARSENAL / EVERTON / PERLIS haha sbb adik aku men pasukan Perlis laa heho (tak sabar nak tgk World Cup! ;D )








10 - Anak ke-3 dari 7 beradik (3 lelaki 4 perempuan - kakak sulung)








11 - Ambil lesen motor dah full masa umur 19 tapi sbb takut eksiden lgsg xcollect lesen smp sudah. So, lesen mati mcm tu jek! La ni amik lesen kete tapi xsiap2 jugak P sbb aku fobia lorr... Penah eksiden umur 22 wpon xteruk tapi fobia. Eksiden skunk teruk2, my bf pon baru jek bulan Jan aritu eksiden patah tulang peha... adoiii....








12 - Peramah, pemarah juga, penyayang tapi kadangkala keras hati.








13 - Penah minat Senario, Siti Nurhaliza, GT Boyz... la ni xminat dah...








14 - Pernah jadik minah hip hop sebelum tukar jadik minah rempit haha








15 - Sampai sekarang minat Britney Spears (she's cute maa!)








16 - Boleh memasak tapi xla pro sgt hehehe takat kari ikan, sambal sotong, lemak cili api ok jek tapi rasa nye lain2 tiap kali masak haha ... ikut mood kot hihi








17 - Berdarah O tapi takut sgt2 tiap kali amik darah. Nak meraung rasa. Takut jarum! Masa form 3 aku kene cucuk, dari start cucuk sblm rehat smp waktu balik aku ketawa je sbb nak cover rasa sakit kene cucuk haha








18 - Tau siang ikan tapi xsuke wat!!! So tiap kali beli ikan suh mamat tu siang ikan skali hohoh








19 - Tak pandai berenang. Tapi suke berendam dlm pool yg air dia takat leher la kurang2 nya. Xsuke mandi laut nnt itam (sunburn) and air masin laa... xsuke! xsuke! (takut jerung jugak, ni penangan cite jaws ms kecik2 dulu la ni)








20 - Suka filem/drama romantik & sitkom (penonton Raja Lawak tegar hehe)








21 - Baru sekali naik kapal terbang haha masa tu g Sabah Feb lepas. Masa Family Trip... best tgk awan, mcm di istana kayangan! ;)








22 - Suka menyanyi jugak tapi takut nak join pertandingan dari zaman Sinaran Pasport kegemilangan smp la AF .. cuma penah g audition berlakon umo 16 taun dulu. Time AF6 dan Pilih Kasih (Rosyam Nor nye program) aku try g jgk. Itu pun saja nak rasa mcmn pengalaman join reality program...mmg sengal tggu smp lebam then gugup siot ramai owg tgk kite huhu








23 - Nak merasa jadik isteri orang tapi nampaknya adik langkah bendul lak, insyallah tahun depan aku merasa la mcmn sengsara nya... ehh! merasa mcmn perasaan nya jadik isteri org haha sengsara? bengang bf aku t kalo baca ni hahahaha








b) tag kepada 5 owg? alahai aku ad mmber 4 owg jek... boleh la, labu...








MAMA AIZARA






Sultana






RazFiRa






aYu_iDaYu






c) kalo tgh sengal xde mende nak wat (mcm skunk kat opis sowg2) mmg syok kot tag2 nih. Kalo ngah bz xde maknenya aku nak wat nih hehe








Sekian.

Monday, May 31, 2010

Internet lembap.... benci...!!!!!!!!

aduhai, lembap nye internet... kesabaran aje la aku! aku baru je beli netbook khamis lepas... murah2 je aku amik sbb budget, Lenovo ThinkPad X100E je huhu... beli la jugak broadband celcom. Sebab utama pasang internet untuk adik2 aku yg nak amik SPM and PMR tahun ni, mak aku nak belikan satu sistem tuisyen untuk diaorang, tapi kalo mak aku tak beli sistem tu pon memang aku akan langgan juga internet... dah aku terbiasa gosip-gosipan kat cari time kat opis, mmg sengal la dok umah ujung minggu kalo ada netbook tapi takde internet haha

Aku cadang nak taip balik cerita2 yang aku penah wat zaman skolah2 dulu, fikir nak wat novel untuk terbitan, boleh la dapat duit lebih disamping minat menulis tu, tapi sbb dah bertahun tak menulis balik, idea ade nak wat story apa, tapi skill menulis tumpul laa pulak... baru je taip sikit da bosan... hemmm...

Hari ni cuti mmg best sgt2 aku tido je haha nak men internet tak minat pulak... cuma petang tadi tengok astro cite skrip 7707 filem Prof Razak Mohaideen... japgi aku nak tengok Tiga Abdul lak, cite P.Ramlee...
Semalam aku tengok Do Re Mi. Tengahari tadi aku tengok Nasib Do Re Mi then tengok cite Tamil TV2 haha japgi aku tengok Tiga Abdul lak...best best.... Kalo ahad memang aku suka layan cite Tamil, macam cite Indon jugak laa derang cite benda logik and cakap straight forward, cuma cite Indon tang filem je la best... kalo drama aduhai merapu2 je lebih tapi kalo tengah sengal aku layan la jugak..huhu

Tadi aku g pasar malam. Tak de benda len jual... apam balik, berger, kek potong, nasi ayam, mihun sup, nugget hotdog hati goreng, murtabak... aku tak tau nak makan apa, nak beli nasi goreng dua gerai dah habis jual. Yang tinggal mee goreng, mihun goreng and kue teow goreng. Sudahnya aku tapau mihun goreng then tapau ayam goreng jugak wat penambah selera. Aku g tadi ngan bf aku si Rabbit and adik2 aku Hajja and Antan (bermaksud sayang.. tah la mak aku yg cakap hehe)

Ok lah aku nak makan, dah start lapar. Nak layan international frenship Ivory Coast vs Paraguay tak start lagi plak, ping pong tak habis2 lagi...

Ohh... internet still kejap laju kejap lembap... benci!!!!!!!!! Kat luar angin kuat jugak... Umah aku plak flat tgkat 4 dari tgkat 16... owhhh mencik! mencik! wpon aku kat klang valley tapi tetap hampeh! nyampah!

Gggrrrrrrr................
**ketap gigi... jgn sampai aku kunyah2 Mun kucing peliharaan aku ni sudah laa... huhu***

Saturday, May 29, 2010

Today....

Sekarang tengah ujan... kuat betul angin kat luar tu, jangan pokok tumbang macam hari tu sudahlah. Ada lah 2,3 biji kereta nyaris kene hempap. kena ranting2 pokok je. Waduh, waduh... lebatnye hujan...takut la aku dengar kilat and guruh kat luar tu, kan kalau guruh tu macam Tuhan marah, so kalau ada niat tak elok, jangan la teruskan bila terdengar kilat.. huhu