I'm MALAYSIAN!

I'm MALAYSIAN!
Negaraku ~ MALAYSIA ~

Pages

Wednesday, June 16, 2010

World cup! Home! Office! My Heart!

Aku ngah sedih ni. Tadi kat ofis aku takde mood sangat-sangat. Balik umah lagi la takde mood. Bola kat tv pun aku pandang sepi. Balik tadi Aieryl ada kat umah, along aku tinggalkan dia sekejap, adik aku kata dia ada keje sikit. Dinner mak aku tapau laksa + rojak, aku bawa semangkuk laksa makan dalam bilik sambil on netbook aku ni...
Kenapa aku takde mood? Bukan arini je sejak 2 hari lepas lagi. Kat ofis member aku nak kawin, bulan depan adik aku pun nak kawin, bulan 11 nanti member aku Eton nak kawin. Semalam pagi-pagi aku nak pergi kerja, dia tegur aku kat bawah flat umah aku ni.
Kawin, kawin, kawin... Kat kawasan umah aku ni, setiap lorong kena blocked sebab orang pasang khemah kawin lagi-lagi musim cuti sekolah macam sekarang.
Tadi aku mesej bf aku, dia kat umah makcik dia. Buat apa? Bincang ngan makcik dia tentang hal tunang kami. Happy? aku tak happy pun.
Itulah sebab agaknya aku tak happy sejak 2 hari ni. Tah lah.
Aku tak mahu tunang. Aku nak nikah je. Aku tak mahu bersanding macam orang lain. Memang kalau aku belek-belek majalah suka tengok cantik-cantik kalau artis kawin, bukan main lagi meriah  pelamin, hantaran, baju kawin aduhai.... ikut hati kecil memang aku nak macam tu. Tapi setiap lelaki yang aku kenal semua hidup sederhana. Mimpi lah kalau nak mendapat lelaki idaman wanita macam keluarga NAZA tu, contoh la...
Penat bila fikir masalah. Letih bila imbas kisah silam. Sesak bila tenung masa depan.
Apa yang aku impi jarang aku dapat.
Macam-macam dalam fikiran aku ni sampai dah bercampur aduk post aku ni.
Adik aku dah balik Perlis tengah malam tadi sampai sana pukul 5 pagi tadi. Kesian bila fikirkan dia. Dan tak sangka dia dah besar! Lagi sebulan Liga Super nak start balik. Masa mula-mula dia main untuk Perlis, aku gaduh ngan bf aku sampai tak pergi stadium tengok dia gol kan 2 jaringan!
Emmm... Aku fikir nak berhenti keje. Aku cepat bosan dan memang kerja sekarang ni bukan minat aku.
Apa yang aku minat?
Berangan.
Kenapa suka berangan, ikut fakta badan aku ni banyak asid. So, aku nak la pulak beli Juvanex nak buang asid-asid dalam badan aku.
Bulan depan jugak aku nak rebond rambut aku sebelum kenduri kawin adik aku 11 Julai nanti. Bulan depan jugak aku kena cover duit insurans aku yang tertunggak. Bulan depan jugak abah nak aku ambik alih kereta dia! Duit, duit, duit... Adoi, itulah yang buat aku takda mood sejak 2 hari lepas. Macam-macam aku fikir. Sampaikan aku nangis tiba-tiba 15 minit lepas sampai umah tadi. huhu...
Tapi dah 3 hari aku period sebenarnya... hahahaha

"Aku sungguh sengal!"
=Rindu tiba-tiba ""MyHeart"" - Al-Rabbit-Pls 4give me 4 everything, lv u, oi Dy!

2 comments:

  1. ooo gatai nak terus kawin ek..
    sy dulu pun tak tunang..
    merisik pastu kawin...
    eh adik ifa pemain bola sepak ker?

    ReplyDelete
  2. ye mama aizara... dulu men harimau muda, tapi slovakia tu xdpt g pon, kene buang mcm tu je ngan pengurusan, la ni men perlis... biasa la bola sepak msia ade je mslh dalaman.. huhu
    mmg gatai dah nak kawin kak, jeles tgk adik nak kawin dlu haha

    ReplyDelete